Selesai hutang menggunakan teknik bola salji
Friday, 9 September 2016 | comments
Kaedah bola Salji (Debt Snowball Method)
Pertama, senaraikan semua hutang yang ada. Hutang yang mempunyai baki yang paling sedikit mesti berada di atas.
Agihkan sebanyak mungkin duit daripada pendapatan bulanan untuk membayar hutang.
Buat pembayaran minimum untuk semua hutang kecuali hutang pada senarai paling pertama (paling sedikit baki).
Bayar kadar maksimum mungkin hutang itu hingga ia selesai.
Apabila hutang pertama selesai, duit bayaran bulanan dari hutang pertama masukkan ke hutang kedua (baki paling sedikit) sehingga selesai.
Gunakan langkah ini berterusan sehingga semua hutang anda selesai.
Kaedah alternatif
Masih gunakan kaedah bola salji dengan menyelesaikan hutang baki yang paling sedikit dahulu.
Bayar semua hutang dalam senarai dengan kadar minimum termasuk paling atas sekali.
Masukkan duit sebanyak mungkin dalam akaun simpanan yang mempunyai pulangan yang tinggi contohnya Tabung Haji atau ASB.
Apabila baki akaun simpanan itu melebihi 30% daripada hutang senarai paling atas anda, bayar sekaligus untuk selesai hutang tersebut.
Kaedah ini mungkin lebih selamat jika anda merasakan simpanan anda terlalu sedikit jika berlaku sebarang kecemasan contohnya anda diberhentikan kerja dan untuk bayar bil perubatan.
Apa yang paling penting adalah disiplin dalam berbelanja sehingga semua hutang selesai.
Selepas hutang selesai barulah anda boleh fikir untuk gunakan duit gaji pergi melancong atau menambah aset baru.
Post a Comment