5 tips menulis ayat iklan dengan mudah dan berkesan

Tuesday, 17 May 2016 | comments


SIFUFBADS - SAYA NAK KONGSIKAN BAGAIMANA 5 TIPS INI BOLEH BANTU ANDA MENULIS AYAT IKLAN DGN MUDAH & BERKESAN
.
Rasa susah nak tulis ayat iklan? Tercari2 apa kekurangan yg ada dlm ayat anda? Takde idea nak tulis ape?

Sebenarnya, menulis ayat iklan ini taklah susah mana. Anda hanya perlu KENAL siapa pelanggan anda & apa produk yg anda jual..

Bagi anda yg ada masalah atau tak tahu cara menulis ayat iklan, di sini saya berikan 5 TIPS...

#1: APA MANFAAT YG PROSPEK BAKAL DPT?

Walaupun ciri2 yg ada pd produk juga penting, tetapi prospek lebih utamakan MANFAAT dan penyelesaian produk berbanding ciri2 produk.
.
CTHNYA,

" Jika anda baru keluarkan produk lebatkan rambut, anda boleh beritahu ciri2 yg ada produk tersebut, cara penggunaannya, apa bahan2 yg digunakan dan lain2.

" Kemudian, ceritakan manfaat produk tersebut yg boleh mengubah hidup prospek anda menjadi lebih baik dari sebelumnya. Berikan mereka IMPIAN dan HARAPAN.

Anda perlu tarik minat prospek dgn manfaat produk, kemudian pukau mereka dgn maklumat tambahan."

#2: APA KELEBIHAN YG PROSPEK BAKAL DPT?

Anda juga boleh berikan sedikit kelainan dan kelebihan dari pesaing anda, bab ini saya ada ceritakan dlm artikel mengenai USP...
.
Anda boleh baca di sini --> https://sifufbads.com/blog/tips-tips/kepentingan-unique-selling-proposition-usp-dalam-bisnes-2/
.
Anda boleh tulis dlm ayat iklan beberapa kelebihan yg prospek dpt dari anda.

CTHNYA,

" Anda jual shampoo untuk lebatkan rambut. Anda boleh buat produk tambahan seperti krim mencegah keguguran rambut. Letakkan kuota terhad bagi prospek yg berminat utk dapatkan produk utama dan produk tambahan dlm satu pakej jimat."
.
Dgn memberikan sedikit kelainan dari pesaing, anda akan dpt menarik perhatian prospek utk membeli dari anda. Sentiasa berikan kelebihan kepada prospek, ini akan buatkan prospek tak sabar2 nak beli dari anda.

#3: AYAT PERLU RINGKAS TAPI PADAT

Semasa menulis aya iklan, anda tak perlu ayat yg terlalu panjang utk yakinkan orang beli. Anda hanya perlu tulis ayat2 yg penting sahaja.

Paling penting ayat yg boleh menyentuh minda prospek seperti;
.
1) MASALAH – Apa masalah yg sedang dihadapi oleh prospek?

2) KETAKUTAN – Apa yang jadikan prospek takut jika masalah mereka tidak diselesaikan?

3) INSPIRASI – Apa yang mampu memberi inspirasi kepada prospek?

4) IMPIAN – Apakah yang diimpikan oleh prospek?
.
Jika anda dpt menjawab persoalan2 ini, pasti anda akan dpt mempengaruhi emosi prospek dgn berkesan.

#4: GUNAKAN AYAT YG MUDAH DIFAHAMI

Pecahkan ayat2 anda kpd beberapa perenggan. Mudahkan prospek memahami maklumat yg anda ingin sampaikan kpd mereka.
.
Caranya;

Buat sekurang2nya 3 baris ayat utk 1 perenggan. Format begini lebih mudah dibaca.

Gunakan "bullet point" atau "numbered lists" utk senarai manfaat atau ciri2i produk.

"Bold" atau besarkan perkataan2 penting yang ingin anda ingin tekankan.

Letak gambar yg RELEVAN dan menarik perhatian prospek anda.
.
AYAT PERTAMA

MY QALAM 4 KIDS – Direka khas sejak 2013 lagi bagi membantu ibubapa memupuk anak2 kecil mereka MINAT BELAJAR seawal usia 2 tahun.

Ianya dicipta utk bantu anak, belajar mengenal huruf, belajar membaca, belajar mengira, belajar menyebut, belajar mengaji, belajar bahasa inggeris dan belajar solat.
.
AYAT KEDUA

MY QALAM 4 KIDS – Direka khas sejak 2013 lagi bagi membantu ibubapa memupuk anak2 kecil mereka MINAT BELAJAR seawal usia 2 tahun.

Ianya dicipta utk bantu anak;

– BELAJAR MENGENAL HURUF

– BELAJAR MEMBACA

– BELAJAR MENGIRA

– BELAJAR MENYEBUT

– BELAJAR MENGAJI

– BELAJAR BAHASA INGGERIS

– BELAJAR SOLAT
.
Cuba anda bandingkan, anda rasa ayat mana yg lebih mudah dibaca dan difahami maksudnya? Mesti ayat kedua kan?

#5: FOKUSKAN CERITA MENGENAI PROSPEK

Kunci utama dlm membina ayat iklan adalah dpt yakinkan produk tersebut sebagai satu keperluan utk prospek anda.

Ceritakan, jika mereka dapatkan produk tersebut, mereka akan dpt selesaikan masalah yg mereka hadapi. Itulah yg perlu anda tekankan.
.
AYAT PERTAMA

“Produk X ini telah membantu saya selesaikan masalah rambut gugur dengan 3 langkah mudah sahaja”
.
AYAT KEDUA

“Produk X ini bakal membantu selesaikan masalah rambut gugur anda dgn 3 langkah mudah sahaja”
.
.
Ayat pertama lebih sesuai digunakan dalam ayat testimoni. Ayat kedua pula lebih kpd manfaat yg prospek bakal dpt. Anda boleh gunakan kedua2 ayat ini mengikut kesesuaian dlm ayat iklan anda.

Secara ringkasnya..

prospek mahu tahu bagaimana produk anda mampu membantu mereka capai apa yg mereka impikan. Jika anda mampu ceritakan semuanya dlm ayat iklan anda, peratus utk prospek membeli adalah sgt tinggi.
.
KESIMPULANNYA..

Penulisan ayat iklan adalah satu seni pujukan. Memahami apa yg prospek anda mahu adalah langkah pertama yg penting. Menyampaikan maklumat produk anda sebaik mungkin adalah kunci utk jadikan prospek anda sebagai pembeli.

Semoga bermanfaat.
Share this article :
Sora Templates
Putera

Love to make website. Sharing is caring.

Post a Comment

 
Copyright © 2016 Amizar.net. Web Design by Amizar. All Rights Reserved.
Powered by Blogger

ATAS