Lirik Lagu Zizan feat SonaOne - Chentaku

Thursday, 18 May 2017 | comments


Dia cintaku tapi hanya dari jauh
Dia cintaku tapi ku memandangnya dari jauh
Bila bertemu ku sering terlalu kaku
Dan dia pun cintaiku tetapi dia belum tahu

Ok...
Cinta pandang pertama
Mata bertentang mata
Takde balak takde pakwe
Itu yang gua rasa
Alamak itu kan semua takpe
Janji bukan kawin apa
Janji bukan kena paksa
Bukan hanya hendak menggoda

Jadi ku menghampiri dirinya dengan lebih dekat
Wajahnya manis bak rasa jus alpukat
Tiada cincin di jari dia belum terikat
Cun habis semua lelaki terpikat

Dia penuh gaya dan penuh kelas
Penuh sopan santun tak pernah keras
Semua nak ayat tapi tak lepas
Pasal bila masa berdepan ayat tak keluar jelas

Dia cintaku tapi hanya dari jauh
Dia cintaku tapi ku memandangnya dari jauh
Bila bertemu ku sering terlalu kaku
Dan dia pun cintaiku tetapi dia belum tahu

Gua tanya apa khabar
Dia buat muka selamba
Tapi dia senyum dan kenyitkan mata
Jadi gua pun turunkan cermin mata

Dia tanya tu brand apa
Gua cakap ini Ray Ban Wayfarer
Bagi sepuluh dapat tiga
Pasal ni I beli kat danau kota

Kalau you nak lepas kerja I boleh bawak
Lepas tu kita boleh makan laksa Sarawak
Boleh tengok wayang atau chill dan lepak
Bergurau senda main sepak-sepak

Janji lepas tu you kasi I pengang...hati you
Jangan pikir bukan-bukan
Kerna I sorang lelaki yang sopan
Kalau you nakal nanti I rotan

Dia cintaku tapi hanya dari jauh
Dia cintaku tapi ku memandangnya dari jauh
Bila bertemu ku sering terlalu kaku
Dan dia pun cintaiku tetapi dia belum tahu

Sekarang gua dah ada awek
Buka dada macam Awie
Memang pon macam Mawi
Jual moto dan terus beli Myvi

Walau terpaksa makan roti
Janji cinta gua terbukti
Kalau terlepas gua yang rugi
Mungkin kita boleh jadi suami isteri

Dia cintaku tapi hanya dari jauh
Dia cintaku tapi ku memandangnya dari jauh
Bila bertemu ku sering terlalu kaku
Dan dia pun cintaiku tetapi dia belum tahu

 

video ini diambil dari youtube dan bukan ciptaan penulis

Info: Hantar pembetulan dalam komen di bawah

Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

Thursday, 29 December 2016 | comments


Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris
1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)

JAWAPAN SALAH:
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”


APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.

2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)

JAWAPAN YANG SALAH:
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”

3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)

JAWAPAN SALAH:
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”

PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”

4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)

JAWAPAN SALAH:

“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field

5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)

JAWAPAN YANG SALAH:
“I tend to put things to the very last minute.”
PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”

6. What salary are you looking for?

JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”

7. Why should I hire you?

JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”

5 sebab kereta bergegar

Tuesday, 13 September 2016 | comments




Ramai di antara pengguna kenderaan, terutamanya kereta sering kali berhadapan dengan permasalahan di mana kereta bergegar setiap kali menghidupkan kereta, mahu pun apabila di atas jalan. Namun begitu, kita juga selalu ambil lewa akan hal ini, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang mahir tentang masalah teknikal ini.

Menghantar ke tempat servis kereta adalah jalan utama yang dipilih, tapi, janganlah sampai anda sendiri tidak tahu apa permasalahan yang menyebabkan kereta anda bergegar. Takut nanti, terlebih belanja pula untuk membayar kos servis kereta anda.

Menerusi page PanduLaju ,admin ingin kongsikan bagaimana anda boleh membuat diagnosis awal pada kereta anda, dan tips ini mungkin akan menjimatkan wang dan masa anda.
________________________________________________________________________________

PanduLaju kali ini berkongsi lima sebab utama yang menyebabkan kereta anda bergegar dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya. Namun, ia bukanlah satu-satunya punca utama yang menyebabkan gegaran ke atas kereta anda. Jika masih ragu-ragu, idea terbaik masih lagi di tangan mekanik automotif profesional.

Tip diberikan ini mampu membantu anda melakukan diagnosis awal yang mungkin menjimatkan wang dan masa. Teruskan membaca!

1. MASALAH ENJIN


Kadangkala gegaran berpunca daripada bahagian enjin disebabkan tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan untuk membolehkannya bergerak lancar. Simptom yang menunjukkan gegaran berpunca akibat masalah enjin dapat dikesan menerusi:

Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut. Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu. Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.

Penyelesaiannya, cuba ganti palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru. Jika masih elok, periksa wayar palam pencucuh sama ada ia disambung dengan baik atau perlu diganti. Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin. Pastikan kedua-duanya diganti mengikut saranan standard pengeluar.

2. MASALAH GANDAR (AXLE)



Sesebuah kenderaan memiliki banyak bahagian berputar yang memerlukan unjuran atau toleran tertentu bagi membolehkannya beroperasi dengan baik. Kerosakan gandar mudah terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kereta menghadapi masalah gegaran, terutama apabila memecut laju.

Pemeriksaan ke atas aci pacu (driveshaft) perlu dilakukan. Bagi kenderaan pacuan roda belakang (RWD), sebahagian besar bahagian berputar memindahkan kuasa enjin kereta kegandar belakang dan roda. Jika bengkok, gegaran akan berlaku. Kehausan sendi halaju malar(constant velocity joint-CV) juga termasuk dalam kategori sama. Jika ‘but’ getah yang menutup hujung gandar pacu kekal kukuh, pengapit (clamp) adalah selamat dan tiada bendalir bocor, sekali gus tiada masalah.

Tetapi, jika ‘but’ sudah koyak, habuk dan kotoran jalan akan masuk dan merosakkan sendi. Bagi kenderaan pacuan roda depan (FWD), kerosakan sendi CV bermakna anda perlu memberi gandar pacu baru. Ini kerana gandar tidak seimbang mampu menyebabkan kereta anda bergegar.

3. BREK ROSAK


Apakah gegaran berlaku apabila anda menekan brek? Jika ya, ada kemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada rotor brek atau rotor. Rotor adalah komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera.

Komponen berkenaan boleh bengkok atau ‘lari’ daripada bentuk asal disebabkan jangka hayat dan gaya pemanduan kereta. Kekerapan membrek mengakibatkan kepanasan ke atas rotor dan kerosakan berlaku apabila terjadi kepanasan melampau. Kerosakan rotor juga berpunca disebabkan permukaan jalan tidak rata.

Apabila rotor rosak, kaliper dan pad brek gagal mencengkam rotor dengan baik, sekali gus menyebabkan gegaran. Idea terbaik adalah jumpa pakar brek yang akan memberitahu keadaan rotor atau brek dram kereta anda.

4. RODA GOYANG



Kadangkala gegaran kereta dapat dirasai secara terus dari roda stereng. Alasan paling munasabah difikirkan adalah isu penjajaran (alignment), tetapi pakar berfikir sebaliknya. Satu daripada roda lain mungkin mengalami masalah goyang (wobbly) yang menjurus kepada beberapa isu lain.

Langkah pertama adalah memastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul. Malah, masalah gegaran mungkin dapat diselesaikan dengan menggantikan bering roda. Bering roda bagi kenderaan moden hari ini diibaratkan bagai nyawa sesebuah kereta. Jika kereta anda dipandu bukan dalam kondisi normal seperti meredah laluan off-road, pemanduan ekstrem dan jarak jauh, kenderaan anda berisiko mengalami masalah bering.

Seperkara lagi perlu dilihat adalah ‘runout’ atau habis. Terma ini menjelaskan berapa banyak roda membelok daripada putaran lingkar sempurna apabila dipandu. Mekanik roda menggunakan instrumen ketepatan untuk mengenal pasti jika ‘runout’ berlaku ke atas mana-mana roda yang melebihi setengah inci, tetapi bukan sepanjang masa. Penyelesaian terbaik adalah menukar roda baru.

Masalah lain bagi roda bergoyang adalah hujung rod-ikatan (tie-road) atau sendi bebola (ball join) yang menyebabkan gangguan gegaran ketika memandu laju. Roda adalah punca biasa yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengesan punca kereta bergegar.

5. MASALAH TAYAR


Walaupun berada dalam senarai akhir, tayar adalah masalah nombor satu apabila berlaku gegaran kereta kerana ia adalah komponen utama pergerakan sesebuah kenderaan. Ada banyak senarai masalah tayar yang menyumbang kepada masalah gegaran, ketaran dan golengan sesebuah kereta.

Namun, di bawah adalah masalah besar yang kerap berlaku:
#Kereta bergegar pada kelajuan tertentu – imbangan (balancing) tayar diperlukan.
#Bunga tayar terpisah – tayar perlu ditukar.
#Tayar tidak rata – penjajaran (aligntment) tayar diperlukan.
#Tayar terkeluar dari pusingan dan bergolek tidak sama – tayar perlu ditukar.

Kadangkala, gegaran bukan berpunca daripada tayar, tetapi roda atau rim. Beri perhatian kepada jalan berlubang dan sedang dibaiki kerana kedua-duanya mampu merosakkan roda anda.

Sumber: PanduLaju

Selesai hutang menggunakan teknik bola salji

Friday, 9 September 2016 | comments



Kaedah bola Salji (Debt Snowball Method)

Pertama, senaraikan semua hutang yang ada. Hutang yang mempunyai baki yang paling sedikit mesti berada di atas.

Agihkan sebanyak mungkin duit daripada pendapatan bulanan untuk membayar hutang.

Buat pembayaran minimum untuk semua hutang kecuali hutang pada senarai paling pertama (paling sedikit baki).

Bayar kadar maksimum mungkin hutang itu hingga ia selesai.

Apabila hutang pertama selesai, duit bayaran bulanan dari hutang pertama masukkan ke hutang kedua (baki paling sedikit) sehingga selesai.

Gunakan langkah ini berterusan sehingga semua hutang anda selesai.

Kaedah alternatif

Masih gunakan kaedah bola salji dengan menyelesaikan hutang baki yang paling sedikit dahulu.

Bayar semua hutang dalam senarai dengan kadar minimum termasuk paling atas sekali.

Masukkan duit sebanyak mungkin dalam akaun simpanan yang mempunyai pulangan yang tinggi contohnya Tabung Haji atau ASB.

Apabila baki akaun simpanan itu melebihi 30% daripada hutang senarai paling atas anda, bayar sekaligus untuk selesai hutang tersebut.

Kaedah ini mungkin lebih selamat jika anda merasakan simpanan anda terlalu sedikit jika berlaku sebarang kecemasan contohnya anda diberhentikan kerja dan untuk bayar bil perubatan.

Apa yang paling penting adalah disiplin dalam berbelanja sehingga semua hutang selesai.

Selepas hutang selesai barulah anda boleh fikir untuk gunakan duit gaji pergi melancong atau menambah aset baru.

TV Al Hijrah Online Live Streaming

Monday, 6 June 2016 | comments

Klik untuk menonton secara live.


English Grammar: Connectors

Wednesday, 1 June 2016 | comments



 
Copyright © 2016 Amizar.net. Web Design by Amizar. All Rights Reserved.
Powered by Blogger

ATAS